Rabu, 9 Februari 2011

Kaduk


Ulam Kaduk
Daun Kaduk

Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.


Daun Kaduk digaulkan bersama nasi

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah - cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.

Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.


Daun Kaduk Juga boleh di buat sup

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.

 

Bunga dan buah Kaduk

Selain dijadikan sebagai ulam, Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak. Antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau. Kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya.

 

Kaduk - Piper sarmentosum

Tumbuhan yang dikenali sebagai daun Kadok di Malaysia ramai yang selalu tersilap untuk membezakan dengan sepupunya daun sirih. Daun Kadok sangat popular dan lebih digunakan dengan meluas. Piper sarmentosum kerap dibuat sebagai minuman untuk mengurangkan gejala penyakit malaria. Akarnya boleh dikunyah untuk menghentikan sakit gigi.

 

Daun kaduk-Piper sarmentosum

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.
Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan