Khamis, 10 Februari 2011

Petai


Pokok Petai

            Merupakan sejenis tumbuhan dalam familiLeguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutanMalaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Ciri Fizikal

            Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagaiulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi.      Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak  sambal tumis bersama udang atau kerang.


Khasiat
            Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 danC.
            Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung danpenyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Pembiakan
            Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesieskelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madupokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain. Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.


Jenis Petai
§       Pokok Petai (Parkia speciosa)
§       Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica)
§       Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis),
§       Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).

Pokok Petai Kerayung mempunyai nama saintifik Parkia javanica.
Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica) merupakan sejenis pokok Petai yang boleh dimakan. Pokok petai boleh mencapai ketinggian antara 20-30 m. Ukuran lilitan batangnya boleh menjangkau antara 2-5 m.

Pokok Petai Maranti mempunyai nama saintifik Parkia ingsularis.
Pokok Petai Maranti (Parkia ingsularis) merupakan sejenis pokok Petai yang boleh dimakan. Pokok petai boleh mencapai ketinggian antara 20-30 m. Ukuran lilitan batangnya boleh menjangkau antara 2-5 m.

Pokok Petai Nering mempunyai nama saintifik Parkia sumatrana.
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana) merupakan sejenis pokok Petai yang boleh dimakan. Pokok petai boleh mencapai ketinggian antara 20-30 m. Ukuran lilitan batangnya boleh menjangkau antara 2-5 m.

Pokok Petai Belalang  atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala merupakan sejenis pokok rendang tropika yang biasa tumbuh di kawasan semak samun. Ia juga ditanam sebagai serat dan makanan haiwan ternakan. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.

Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Di sesetengah tempat di Indonesia bijinya dijadikan tempe. Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang cukup dan membiak melalui biji benih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan