Khamis, 24 Februari 2011

Pokok Herba Penyeri Laman



Tumbuhan herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan.


Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.



Pokok lidah buaya, misalnya, adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman. Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga
Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah. Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan akibat melecur dan luka, selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang dapat menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.


Herba pegaga adalah pokok semusim yang sesuai ditanam sebagai pokok penutup bumi di kawasan taman. Di negara ini, pokok ini ditanam untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Manakala masyarakat Cina menggunakan air daunnya sebagai penyejuk badan dan keturunan India memproses daunnya menjadi tonik untuk kecerdasan otak.

Kunyit, herba saka yang tinggi mencapai satu meter yang boleh ditanam secara selang seli, berumpun, berwarna hijau dan lembut boleh ditanam menggunakan rizomnya. Ia dikenali sebagai Cur-cuma domestika Loir daripada keluarga Zingiberaceae turut dimanfaatkan rizomnya bagi perubatan tradisional. Cymbopogon nardus atau serai wangi dari keluarga Graminae juga boleh dimanfaatkan sebagai pokok pagaran. Ia adalah rumput saka herba yang memiliki daun yang wangi, mengeluarkan rumpun daun yang lebat, rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1.5 meter. Ia dimanfaatkan untuk menghasilkan peralatan kecantikan diri kerana aroma daunnya dan kewujudan ciri-ciri antibiotiknya.

Satu lagi herba renek yang beraroma iaitu cekur dari keluarga Zingiberaceae. Ia dikenali dengan nama saintifiknya, Kaempferia, mempunyai daun yang tersusun padat dan tumbuh melebar di atas tanah.

Bunganya berwarna putih-ungu akan keluar di tengah pokok. Rizomnya bercabang dengan isinya berwarna kuning oren. Tumbuhan ini sesuai ditanam di dalam pasu atau batas digunakan sebagai bahan ubatan tradisional untuk mengeluarkan kahak dan lendir, melegakan kembung perut dan mengeluarkan angin dalam badan.

Orthosiphon staminens, Beth adalah pokok bunga Misai Kucing yang mengeluarkan bunga yang cantik berwarna putih kebiruan dengan filamen yang panjang seperti misai kucing. Tumbuhan herba dari keluarga Limiaceae ini sesuai dijadikan tanaman lanskap selain boleh digunakan
sebagai penawar penyakit karang atau radang ginjal.

Dukung anak atau Phyllanthus niruri Linn dari keluarga Euphorbiaceae juga herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50 hingga 70 sm dikawasan yang berorganik. Cabangnya jenis terbuka dengan daun serta buah dan bunganya amat kecil terserlah di bawah daun. Tumbuhan ini tumbuh terbiar di negara ini tetapi terkenal di Amazon sebagai penawar karang hempedu. Manakala pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.

Di negara ini, dukung anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sipilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal. Sejak kebelakangan ini, kecantikan bunga yang diserlahkan tumbuhan herba dari kumpulan halia (Zingiberaceaae) iaitu bunga kantan turut menjadi elemen yang popular di kalangan peminat seni taman untuk mengindahkan taman masing-masing.

Herba ini mempunyai 50 genus dan 1,500 spesies yang tumbuh subur di hutan Tropika termasuk di negara ini. Antaranya ialah Heliconias, bunga pisang, cannas dan marantas tumbuh subur dan terbiar di kawasan hutan.

petikan dari laman http://www.myonestopsarawak.com.my

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

    Rerama hijau
    Stevia
    Halia bara
    Lempoyang
    Turi
    Ulam raja
    Sambung nyawa
    Tenggek burung
    Belalai gajah
    Turi
    Pokok2 buah
    DAN BANYAK LAGI

    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

    Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
    hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0123106846 -Faizal @
    0122440099 -Azizi

    BalasPadam