Khamis, 24 Februari 2011

Pokok Gajus

P

okok Gajus atau juga dikenali sebagai "jambu golok" adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.

Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Pucuknya mempunyai rasa yang kelat sedikit tetapi sedap.


Keterangan:

Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.


Kegunaan:

Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.


Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan