Seperti yang diketahui, ianya dapat menurunkan darah tinggi. Pada post kali ini, rakan kita yang juga pembaca Blog ini telah berkongsi penggunaan pucuk betik ini. Di sini saya sertakan info yang telah dikirimkannya untuk tatapan pembaca…
“Bagi keluarga khasnya emak saya, dia selalunya meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana dia mengalami penyakit darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mingkin lebih pahit sedikit daripada peria dan cara penyediaannya lebih mudah..
Menurutnya air ini boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita. Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah. Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-
1) Bersih pucuk betik/ daun
2) Keratkan sepanjang 1cm
3) Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.
4) Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk di minum dalam keadaan panas atau suam.
Pucuk betik yang telah diasingkan tadi rebuslah sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya dan pucuk tadi bolehlah digoreng dengan ikan bilis/masin untuk dijadikan sayur.
Pucuk Betik: Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau di makan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Selain itu,Jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah/penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.
Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di india, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman/pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Kerabu Bunga Betik
Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.
Di sini saya nak berkongsi untuk buat kerabu betik.
Bahan-Bahan:
1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, sedikit udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, asam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali. Masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan